tHe c0rE 0f My s0uL
<

Perniagaan internet masih baru di negara kita biarpun ia telah menjadi suatu kemestian di negara-negara lain. Kita sepatutnya mengambil kesempatan untuk memulakan perniagaan internet apabila pengguna internet semakin meningkat dari tahun ke tahun. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, statistik menunjukkan jumlah pengguna internet seluruh Malaysia ialah 10 juta orang manakala pengguna internet seluruh dunia ialah 1 billion pengguna!

Dengan permulaan modal yang rendah dan kehadiran Jutawan Perniagaan Internet, Irfan Khairi yang telah memberi bukti bahawa rakyat Malaysia boleh berjaya dengan perniagaan internet, tidak hairanlah telah ramai yang berjinak-jinak dengan perniagaan internet. Namun peratusan menunjukkan 94% usahawan internet yang gagal pada tahun pertama bukanlah sesuatu yang menyenangkan hati bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan internet.

Walaubagaimanapun, rakyat Malaysia tidak perlu gentar dengan kegagalan itu. Ia sepatutnya dijadikan iktibar dan mencari punca kegagalan tersebut adalah merupakan langkah yang terbaik yang boleh diambil. Sebaik-baiknya, kita perlu persiapkan dan perlengkapkan diri kita dengan ilmu perniagaan internet dahulu sebelum memulakan perniagaan internet.

Terdapat banyak cara untuk menuntut ilmu-ilmu perniagaan internet. Anda bolehlah membaca ebook, membaca buku mengenai perniagaan internet, menghadiri seminar, membaca repot dan sebagainya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Selain itu, anda perlulah memperbetulkan niat anda terlebih dahulu. Kebanyakkan daripada rakyat Malaysia yang berebut-berebut menceburi perniagaan internet mensasarkan tujuan untuk mengaut keuntungan yang banyak dan apabila target yang disasarkan tidak mengena, mereka lebih mudah mengalah dan berputus asa dengan perniagaan ini.

Untuk pengetahuan anda semua, perniagaan internet itu dibahagikan kepada dua; iaitu produk fizikal dan produk digital. Produk ini ialah produk yang dapat dirasa, dilihat dan disentuh oleh deria utama. Contohnya seperti hardware, telefon, sapu tangan, dan banyak lagi. Manakala produk digital ialah produk yang tidak dapat dilihat dan didengar tetapi dapat dirasa dan disentuh oleh deria-deria utama kita. Contohnya seperti rakaman audio, buku elektronik, video lagu, gamabr dan sebagainya yang dapat dimuat turun dan diberikan melalui email kepada pelanggan.

Di antara kedua-dua produk di atas, jelas menunjukkan produk digital lebih menguntungkan kerana kos yang dikeluarkan untuk membuat produk digital hanya sekali dan selepas itu jika pelanggan mahu, anda hanya perlu copy dan hantarkan kepada pelanggan. Untuk memulakan perniagaan internet adalah AMAT MURAH berbanding perniagaan dunia nyata.

Kesimpulannya, perniagaan internet bukanlah suatu yang tidak benar dan hanya tipu semata-mata. Perniagaan internet bukannya suatu pelaburan haram yang heboh di Malaysia suatu ketika dahulu kerana perniagaan internet tidak pernah sama dan tidak akan sama dengan pelaburan internet yang salah disisi syariah dan undang-undang.

September 17th, 2008 at 8:48 pm and tagged