Kenapa masyarakat Melayu sangat lemah? Kenapa masyarakat Melayu masih tidak dapat membangun seperti masyarakat-masyarakat lain seperti masyarakat Cina di Malaysia? Sedangkan, mereka menetap dalam tempat yang sama dengan kita, iaitu Malaysia. Mereka jugak makan makanan yang hampir sama dengan masyarakat Malaysia. Mereka juga belajar di Malaysia, malahan menggunakan bahasa yang sama dengan masyarakat Melayu untuk berkomunikasi dengan kita. TETAPI, kenapa mereka dikatakan masyarakat yang lebih maju berbanding masyarakat asal Malaysia sendiri iaitu masyarakat Melayu???(berapa banyak masyarakat da…)
Senang je. Buktinya sangat jelas. Masyarakat Melayu sendiri yang mempunyai AGAMA ISLAM dan mempunyai AL-QURAN dan AS-SUNNAH yang sepatutnya memanfaatkan pegangan-pegangan tersebut telah membiarkan masyarakat lain yang mengaplikasikan rahsia-rahsia alam yang terdapat dalam kitab suci Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W.
Sepatutnya, umat Islam iaitu masyarakat Melayu sendiri patut sedar bahawa pegangan-pegangan tersebut adalah anugerah terindah dan suatu pertolongan dari Allah S.W.T untuk membangunkan umat-umat Islam.
Tetapi, malangnya, kebanyakkan dari mereka tidak berpegang pada kurniaan dari Yang Maha Agung dan Yang Maha Suci, Allah S.W.T. Sedangkan, orang-orang kafir sendiri cuba menerokai Al-Quran dan mereka telah berjaya dengan panduan Al-Quran dan masyarakat Melayu tidak pernah mahu mengambil iktibar dari ayat-ayat Allah.
Lebih-lebih lagi, kebanyakkan daripada mereka (saya yakin anda tidak termasuk salah seorang daripada mereka ;p) hanya tahu menjatuhkan orang lain. Definisi orang lain itu, bukannya masyarakat yang kontra dengan mereka, tetapi definisi orang lain itu merujuk kepada kaum mereka sendiri. Jadi, jelas dan terang betapa lemahnya ukhuwah dan silaturrahim masyarakat Melayu. Sedangkan, kalau kita lihat negara Jepun yang membangun dari keadaan yang sangat lemah akibat peristiwa pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki, sekarang sudah membangun bersama masyarakat-masyarakat mereka dan lihatlah hasil dari kekuatan ikatan persaudaraan mereka.
Oleh itu, ambillah pengajaran dan jadikanlah teladan daripada mereka yang telah berjaya. Al-Quran sendiri menyarankan kita berbuat demikian kerana jika tidak, kita akan termasuk dikalangan orang-orang yang rugi. Jangan bazirkan masa anda hanya untuk mencari kesalahan orang lain dan memperkecil-kecilkan mereka. Jika mereka membuat yang terbaik, teladanilah mereka. Jika sebaliknya, ambillah pengajaran dan ikhtibar daripada mereka. Mungkin itu suatu petunjuk dari Allah S.W.T kepada kita supaya kita tidak akan mengulangi kesilapan yang telah mereka lakukan dan jika mahu menasihati mereka, contohilah cara menasihati yang paling berhemah daripada Nabi kita, Rasulullah S.W.T.
Wassalam….