tHe c0rE 0f My s0uL
<

Sejak terdedahya kisah tokoh usahawan intertnet, IRFAN KHAIRI yang berjaya memperoleh pendapatan RM1 juta hasil perniagaan internetnya, rakyat Malaysia mula membuka mata. Terutamanya golongan muda yagn bersemangat tinggi. Mereka tidak kisah mengeluarkan wang untuk membeli buku-buku panduan dan cakera padat yang menjelaskan langkah-langkah untuk memulakan perniagaan internet. Bagi yang berkemampuan atau benar-benar serius mahu membuka perniagaan internet sendiri, mereka mula menghadiri kursus-kursus berkaitan yang yurannya hampir mencecah empat angka, kerana yakin nilai pulangan yang jauh lebih tinggi daripada itu.

POTENSI PERNIAGAAN INTERNET

Potensi perniagaan internet pada masa hadapan akan menjadi semakin luas. Seperti televisyen, radio, surat khabar dan majalah yang merupakan media yang tidak luntur dek masa, demikian juga dengan internet.

“Pada masa ini pengguna internet di Malaysia mencecah 10 juta orang. Pada tahun lepas, jumlanya adalah 9 juta orang , bererti kenaikan itu berlaku secara linear. Tahun hadapan bukan bermakna lagi satu juta pengguna internet, tapi mungkin 1.5  juta atau 2 juta. Saya yakin, pengguna internet dan penerimaan internet akan terus berkembang di Malaysia seiring dengan usaha kerajaan yang turut menekankan kepentingan idustri ICT di negara ini”,kata Irfan Khairi.

Internet memiliki banyak kelebihan berbanding perniagaan konvensional kerana ia tidak dibatasi oleh sempadan geografi, bangsa dan agama. Kerana itu, sesiapa sahaja boleh berjaya di internet jika rajin berusaha, pandai membaca peluang dan yakin kepada diri sendiri.

CARA_CARA MENCARI ILMU PERNIAGAAN INTERNET

*MELALUI BUKU-BUKU. Jangan lupa, tidak semestinya anda membeli buku. Perpustakaan membolehkan anda membaca apa saja buku dari pelbagai bidang tanpa anda perlu membeli buku-buku tersebut. Alasan tiada wang untuk membeli buku tidak diterima di sini.

*Salah satu cara terpantas mencari ilmu adalah MEMPELAJARI DARIPADA MEREKA YANG PAKAR. Dalam bidang apa sahaja pun, terdapat pakar yang telah berjaya. Pelajari dari pakar industri anda dan ia merupakan short cut untuk anda berjaya. Ingat, anda tidak perlu mencipta kaedah baru, ikuti kaedah dan strategi yang digunakan oleh orang yang berjaya dan anda juga akan turut berjaya.

*Anda juga boleh MENYERTAI SEMINAR DAN KURSUS dalam memperbaiki nilai anda sendiri. Walaupun anda perlu melabur sejumlah wang dan tenaga anda untuk ke tempat kursus, sering kali saya mendengar kisah-kisah kejayaaan daripada pelaburan sebegini. Peserta-peserta kursus saya juga ramai yang telah berjaya melalui kaedah ini.

Terdapat banyak cara untuk menambahkan ilmu yang akan menambahkan isi dompet anda. Apa yang menghalang anda hanyalah kemahuan anda dan kesungguhan anda untuk mencari ilmu tersebut.

“9 daripada 10 rezeki datangnya dalam perniagaan. Sekiranya anda ingin mempelajari cara memulakan perniagaan internet dari rumah, lengkapkan dengan ilmu terlebih dahulu.”

September 15th, 2008 at 4:51 am and tagged ,