Ramai masyarakat yang terkeliru dengan istilah PELABURAN INTERNET dengan PERNIAGAAN INTERNET. Pada mereka, apa-apa sahaja perkara yang berkaitan dengan “Buat Duit di Internet” adalah tipu dan tidak boleh dipercayai. Lebih menyedihkan lagi, bukan masyarakat biasa sahaja yang terkeliru dengan 2 perkara ini, malah pihak-pihak yang dianggap sebagai pihak yang handal ICT, seperti Pusat Keselamatan Siber Malaysia juga turut terkeliru mengenainya.
Membuat duit atau menghasilkan pendapatan melalui internet sebenarnya bukanlah sesuatu yang mustahil. Malah terdapat ramai individu-individu di dunia amnya dan di Malaysia khususnya, telah berjaya menghasilkan duit yang banyak menerusi internet. Antara nama yang paling dikenali ramai adalah Dr. Irfan Khairi . Beliau, telah berjaya menjadi jutawan dengan hanya menjalankan perniagaan di internet…. diulangi.. PERNIAGAAN INTERNET…. atau perlukah saya mengejakannya? P . E . R . N . I . A . G . A . A . N … bunyinya apa?… PERNIAGAAN … (pandainyeeeee~~~ anak sapa ni~~?)
Untuk memberikan lebih kefahaman tentang “KAEDAH-KAEDAH SEBENAR BUAT DUIT DI INTERNET ” , sila klik banner di bawah untuk mengetahui lebih lanjut kerana di sini segala penjelasan disediakan untuk anda. Diharapkan anda dapat melapangkan dada dan mengosongkan fikiran anda terlebih dahulu dari segala tanggapan-tanggapan serta cerita-cerita yang pernah anda dengar sebelum ini tentang “BUAT DUIT DI INTERNET”.
