tHe c0rE 0f My s0uL
<

Lelaki dan Surah An-Nissa’. Kebanyakkan lelaki mengatakan mereka beriman kepada Allah. Tetapi kenapa kebanyakkan daripada mereka tidak mengambil pengajaran dari ayat-ayat Allah? Mereka mendakwa mereka patuh kepada Allah. Tetapi, kenapa mereka menggunakan kekuatan dan ego mereka untuk menyakiti perempuan? Adakah melindungi perempuan tidak terdiri daripada salah satu ibadah? Tidakkah mereka fikir perempuan adalah kaum yang sangat lemah dan mereka sangat memerlukan perlindungan daripada kaum Adam. Tetapi, kenapa kaum Hawa dijadikan tempat melepaskan kemarahan mereka?

Tidakkah mereka tahu kedudukan seorang perempuan yang baik adalah lebih mulia daripada mereka? :

- Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

- Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.

- Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

- Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga 10, 000 tahun lebih dahulu daripada suaminya.

- Barangsiapa yang menggembirakan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Kebiasaannya, dalam bab dosa perempuan terhadap lelaki, kepentingan lelaki, barulah mereka akan merujuk kepada ayat-ayat Al-Quran. Tetapi, bila timbul soal penindasan terhadap kaum wanita, soal dosa seorang lelaki, lelaki akan mula mengatur hukum, membuat peraturan berdasarkan nafsu amarah mereka semata-mata. Al-Quran bukan lagi rujukan mereka. Mereka akan bertindak seolah-olah melindungi perempuan tidak termasuk dalam ibadah mereka. Apa yang berlaku sekarang? Berapa ramai lagi dan dimanakah terdapatnya lelaki yang betul-betul beriman dengan keseluruhan ayat Allah?

“Men are the protectors and maintainers of women, because Allah has made one of them to excel the other, and because they spend (to support them) from their means. Therefore the righteous women are Qanitat, and guard in the husband’s absence what Allah orders them to guard. As to those women on whose part you see ill conduct, admonish them, and abandon them in their beds, and beat them, but if they return to obedience, do not seek a means against them. Surely, Allah is Ever Most High, Most Great.) “

Surah An-Nissa, Verse 34


*Note : Bukan berniat nak menyinggung mana-mana pihak terutama lelaki. Just my 3 cents.

October 25th, 2008 at 8:30 am